PROGRAM ZIARAH KASIH RAMADAN DAN PENYERAHAN BANTUAN

PROGRAM ZIARAH KASIH RAMADAN DAN PENYERAHAN BANTUAN
KUCHING, 19 APRIL – Program Ziarah Kasih Ramadan dan Penyerahan Bantuan dari rumah ke rumah telah disempurnakan oleh YBhg. Datu Haji Abang Helmi bin Tan Sri Abang Ikhwan, Pengerusi Lembaga Baitulmal & Wakaf.
Program Ziarah Kasih Ramadan adalah merupakan satu program menyantuni Asnaf sepanjang bulan Ramadan di seluruh negeri Sarawak. Program ini bertujuan bagi meringankan bebanan semasa bulan Ramadan dan sebagai persediaanuntuk menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal tiba.
YBhg. Datu Haji Abang Helmi bin Tan Sri Abang Ikhwan, Pengerusi Lembaga Baitulmal & Wakaf telah menyerahkan bantuan kewangan dan bantuan pek makanan kepada empat (4) penerima Bantuan Saraan Hidup di Kampung Demak Baru, Kampung Hijrah Bako dan Kampung Pasir Puteh. Pada masa ini, sebanyak 4,113 orang yang telah berdaftar dengan Tabung Baitulmal Sarawak sebagai penerima Bantuan Saraan Hidup.