Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan

Tabung Baitulmal Sarawak memandang berat dan serius dalam usaha memartabatkan Umat Islam supaya menjadi insan yang berwibawa, berketerampilan, disegani dan paling utama menjadi intelektual yang tertaqwa kepada Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

            “Manusia yang terbaik ialah mukmin yang berilmu” (Riwayat Al-Baihaqi).

Demi matlamat murni itu, telah memperuntukan sejumlah dan yang besar untuk menjayakan program tersebut memandangkan ia adalah perancangan jangka panjang dan bertepatan dengan konsep kail. Aktiviti-aktiviti di bawah Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan yang dibiayai melalui Dana Zakat ialah seperti berikut :

1. Bantuan Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi

OBJEKTIF

Membantu meringankan bebanan kewangan para pelajar Islam  yang kurang berkemampuan yang mendapat tawaran masuk ke Institusi Pengajian Tinggi dalam mahupun luar negara. Skop bantuan IPT dalam negara adalah bagi tujuan pendaftaran di Semester 1 Tahun Satu sahaja pada peringkat  Diploma atau Ijazah Pertama, dan Sarjana bagi membolehkan mereka mendaftarkan diri. Sementara itu, skop  IPT luar negara pula dikhususkan bagi peringkat Ijazah Pertama dan Sarjana sahaja dan lebih kepada bantuan sokongan kepada pemohon.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Pelajar Islam Sarawak atau mereka yang bermastautin di negeri Sarawak sahaja.
  2. Mendapat Surat Tawaran untuk melanjutkan pelajaran bagi IPT dalam negara (di peringkat  Diploma,Ijazah Pertama dan Sarjana) ataupun IPT luar negara (diperingkat Ijazah Pertama  dan Sarjana sahaja) yang diiktirafkan oleh kerajaan.
  3. Keutamaan adalah kepada pelajar yang belum mendaftarkan diri di IPT. Permohonan hanya dibuka selama 40 hari (Termasuk hari Sabtu, Ahad & cuti umum) dari tarikh pendaftaran bagi mana-mana pelajar yang telah mendaftarkan diri di IPT.
  4. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
  5. Borang Permohonan yang dikembalikan untuk diproses melebihi daripada 3 bulan ( termasuk cuti sabtu, ahad dan cuti umum ) dari tarikh pendaftaran pemohon berkenaan tidak akan dilayan.
  6. Bantuan tidak diberi kepada pemohon yang ada menerima pendapatan atau sokongan kewangan bulanan dari majikan (separuh atau lebih gaji sebulan).


2. Bantuan Pengajian Sekolah Rendah/Menengah (Yuran/Kelengkapan Persekolahan)

OBJEKTIF

Membantu pelajar-pelajar Islam yang termasuk dalam Asnaf Fakir sahaja yang menuntut di Sekolah Rendah dan Menengah dalam negeri Sarawak untuk meringankan beban kewangan bagi sesi pembukaan sekolah pada awal tahun atau yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  I.    Pemohon hendaklah beragama Islam atau mereka yang bermastautin di Negeri Sarawak sahaja.

 II.    Pemohon menuntut di mana-mana sekolah kerajaan di Negeri Sarawak.

III.    Pendapatan bulanan keluarga (bapa dan/atau ibu)/penjaga mestilah  pada paras Had Al-Kifayah Fakir sahaja.

IV.    Pemohon tidak mendapat bantuan daripada mana-mana agensi lain.

V.    Borang Permohonan yang dikembalikan untuk diproses melebihi daripada 3 bulan ( termasuk cuti sabtu ahad dan cuti umum ) dari tarikh pengeluaran borang pemohon berkenaan tidak akan dilayan.

3. Bantuan Pengajian Diperingkat Sijil/Kursus

OBJEKTIF

Membantu meringankan bebanan kewangan para Pelajar Islam yang kurang berkemampuan yang mendapat tawaran di peringkat matrikulasi / sijil / kursus masuk ke Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Pelajar Islam Sarawak atau mereka yang bermastautin di negeri Sarawak sahaja.
  2. Mendapat Surat Tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Pusat Pengajian dalam negara (di peringkat  matrikulasi/sijil/kursus selama tiga bulan ke atas) ataupun  yang diiktirafkan oleh kerajaan.
  3. Pemohon belum pernah memohon di peringkat pengajian tersebut.
  4. Tempoh Pengambilan borang permohonan tidak melebihi dari 1 bulan (Termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) dari tarikh pendaftaran sementara pengembalian borang permohonan tidak melebihi 1 bulan (Termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) dari pengeluaran borang.
  5. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
  6. Bantuan tidak diberi kepada pemohon yang ada menerima pendapatan atau sokongan kewangan bulanan dari majikan (separuh atau lebih gaji sebulan)

 

4. Bantuan Pengajian Ke Timur Tengah

OBJEKTIF

Menggalak pengajian bidang agama dan membantu meringankan bebanan kewangan para pelajar Islam yang menuntut dimana-mana Institusi  Agama di Timur Tengah dalam bidang asas agama untuk peringkat pengajian intensif bahasa Arab, Diploma, Ijazah dan peringkat seterusnya.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  I.    Pelajar Islam Sarawak atau mereka yang bermastautin di Negeri Sarawak sahaja.

 II.    Telah menerima surat tawaran atau disahkan masih menuntut di Institusi tersebut oleh pihak yang berkenaan sewaktu menghantar permohonan.

III.    Pengajian sepenuh masa.

IV.    Institusi pengajian hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau mendapat surat sokongan dari pihak Duta Malaysia.

V.    Permohonan berulang mestilah disertakan dengan slip keputusan peperiksaan tahunan terkini ataupun  terjemahan keputusan atau pengesahan status yang disahkan oleh institusi pengajian atau duta Malaysia.

VI.    Bantuan tidak diberi kepada pemohon yang ada menerima pendapatan atau sokongan kewangan bulanan dari majikan (separuh atau lebih gaji sebulan).

VII.    Permohonan yang berulang hendaklah dihantar dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan selepas pengajian bermula.


5. Bantuan Pengajian IPT Bidang Agama

OBJEKTIF

Menggalak  pengajian bidang agama dan membantu meringankan bebanan kewangan para Pelajar Islam yang menuntut di mana-mana institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara dalam bidang keagamaan selain di Timur Tengah untuk pengajian diperingkat Sijil/Kursus Matrikulasi, Diploma, Ijazah dan peringkat seterusnya.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  I.    Pelajar Islam Sarawak atau mereka yang bermastautin di Negeri Sarawak sahaja.

 II.    Telah menerima surat tawaran atau disahkan masih menuntut di Institusi tersebut oleh pihak yang berkenaan sewaktu menghantar permohonan.

III.    Pengajian sepenuh masa.

IV.    Institusi pengajian hendaklah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau mendapat surat sokongan dari  pihak Duta Malaysia.

V.    Bantuan tidak diberi kepada pemohon yang ada menerima pendapatan atau sokongan kewangan bulanan dari majikan (separuh atau lebih gaji sebulan).

VI.    Permohonan yang berulang hendaklah dihantar dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan selepas pengajian bermula.


6. Bantuan Pengajian Sekolah Agama/Arab

 OBJEKTIF

Menggalak pengajian bidang agama dan membantu meringankan bebanan kewangan para pelajar Islam yang meneruskan pengajian, dimana-mana Pusat Pengajian / SMU / SMA atau Madrasah dalam Negara Malaysia.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Pelajar Islam Sarawak atau mereka yang bermastautin di Negeri Sarawak sahaja.
  2. Telah menerima surat tawaran atau disahkan masih menuntut di sekolah tersebut oleh pihak yang berkenaan sewaktu menghantar permohonan.
  3. Pemohon hendaklah menuntut di Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
  4. Bantuan tidak diberi kepada pemohon yang ada menerima pendapatan atau sokongan kewangan bulanan dari majikan (separuh atau lebih gaji sebulan).
  5. Borang Permohonan yang dikembalikan untuk diproses melebihi daripada 3 bulan ( termasuk cuti sabtu, ahad dan cuti umum ) dari tarikh pengeluaran borang pemohon berkenaan tidak akan dilayan.
  6. Permohonan yang berulang hendaklah dihantar dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan selepas pengajian bermula.

 
7. Bantuan Pengajian Maahad Tahfiz Al-Quran

OBJEKTIF

Menggalak pengajian bidang tahfiz dan membantu meringankan bebanan kewangan para pelajar Islam yang mendapat tawaran melanjutkan pelajar dalam bidang tahfiz diperingkat Diploma dan Ijazah dimana-mana Pusat Pengajian maupun Institusi dalam Negara Malaysia.

(Definasi Maahad ialah tempat atau pusat pengajian agama Islam dan lebih digunakan sebagai pusat pengajian untuk menghafal dan mengkaji Al-Quran)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

    I.   Pelajar Islam Sarawak atau mereka yang bermastautin di negeri Sarawak sahaja.

   II.  Telah mendapat surat tawaran untuk peringkat Diploma atau Ijazah atau disahkan masih menuntut di   Institusi tersebut oleh pihak yang berkenaan sewaktu menghantar permohonan.

  III.  Pemohon hendaklah menuntut di Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.


Google Plus YouTube RSS

PENAFIAN: TBS tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi skrin 1280x1024.