Program Pembangunan Ummah

Kompleks Islam Sarawak : "Mercu Tanda Pembangunan Ummah"

Idea awal penubuhan Kompleks Islam Sarawak merupakan cetusan minda YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Penubuhan Kompleks ini adalan sebagai mercu tanda kebanggaan masyarakat Islam sarawak, bahkan ia selari dengan tuntutan Tonggak Ketiga Konsep Islam hadhari: iaitu Pembangunan Seimbang Antara Spiritual dan Fizikal yang bertujuan mewujudkan pembangunan ummah yang seimbang dan bersepadu antara aspek spiritual dan fizikal. Pembangunan masyarakat yang dimulai dengan pembangunan diri sebagai insan bertaqwa yang akan mengurus dan membangun alam secara berhemah, adil dan produktif.
 
KIS


Pusat Islam Sarawak

Pusat Islam Sarawak adalah merupakan suatu projek pembangunan Majlis Islam Sarawak bgi mewujudkan pusat pertenuan dan kegiatan serta pengajian saudara saudara Islam yang terdiri daripada pelbagai keturunan. Pusat ini akan menyediakan auditorium bagi menempatkan 500 orang, bilik-bilik kuliah, pusat sumber Islam dan bahan-bahan teknologi maklumat Islam serta kemudahan-kemudahan readah bagi tujuan dakwah, bihal.

Selain itu, ia juga menyediakan khidmat nasihat bagi mereka memerlukan bimbingan untuk menyesuaikan diri dengan ajaran Islam. Pusat Islam juga akan menempatkan hostel bagi kediaman sementara untuk para perserta yang menghadiri aktiviti-aktiviti yang dianjurkan melalui prasarana tersebut.

 
icentre

Klinik Waqaf An-Nur Sarawak

Klinik Waqaf An-Nur Sarawak merupakan hasil usahasama antara Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dan KPJ Healthcare Berhad iaitu sebuah anak syarikat kepada Johor Corporation Berhad. Secara umumnya, klinik tersebut menyediakan perkhidmatan asas kepada pesakit yang memerlukan khidmat nasihat dan rawatan perubatan asas tanpa mengira latarbelakang bangsa dan agama dengan bayaran minima (RM5.00 sahaja) bagi sekali rawatan termasuk
ubat-ubatan.

Klinik Waqaf An-Nur Sarawak yang terletak bersebelahan dengan pejabat Bahagian Operasi Agihan, Bangunan Tabung Baitulmal Sarawak (aras bawah) telah beroperasi sejak 19 Februari 2008 dan dirasmikan oleh YB Datuk Ir. Haji Daud Abdul Rahman, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Penggalakkan dan Pembangunan Estet-estet Perindustrian) merangkap Pengerusi Lembaga Baitulmal dan Waqaf pada 28 Februari 2008. Sebagai sebuah pusat kesihatan yang berkonsepkan waqaf, maka TBS telah menganjurkan pengutipan Dana Waqaf Khas bagi membiayai pembelian beberapa peralatan dan juga kelengkapan untuk Klinik Waqaf An-Nur Sarawak.

 

Klinik Waqaf

Klinik


Google Plus YouTube RSS

PENAFIAN: TBS tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi skrin 1280x1024.