Program Kemasyarakatan

BAITULMAL BERSAMA RAKYAT

Bagi mendekatkan Baitulmal dengan masyarakat Islam yang tinggal jauh di pedalaman, Program Berambeh atau Baitulmal Bersama Rakyat diadakan setiap tahun dengan pengisian utamanya adalah dialog antara orang kampung dengan YB yang dijemput serta penyampaian bantuan kepada mereka yang berhak. Program ini diadakan sekali dalam masa 2 atau 3 bulan di lokasi-lokasi yang terpilih di seluruh Negeri Sarawak.

SEHARI BERSAMA BAITULMAL

Program ini lebih kepada memberi penerangan dan taklimat kepada pekerja-pekerja khususnya untuk kempen potongan zakat melalui potongan gaji bulanan [ZPG]. Selain daripada itu, ianya disekalikan dengan penyerahan bantuan kepada mereka yang berhak. Program SBB melibatkan jumlah peserta yang ramai sehingga 600 orang.

TAKLIMAT KEPADA MAJIKAN

Taklimat Kepada Majikan akan diadakan mengikut keperluan khususnya untuk menyampaikan maklumat terkini kepada majikan terutamanya bagi urusan potongan zakat dan wakaf melalui potongan gaji bulanan pekerja. Program ini tertumpu kepada Unit-Unit yang menguruskan gaji pekerja di organisasi berkenaan.

TAKLIMAT RAKAN ZAKAT ANDA

Program ini hanya melibatkan jumlah peserta yang sedikit yang kurang daripada 100 orang. Iannya adalah merupakan program penerangnan dan taklimat khususnya taklimat zakat pendapatan melalui potongan gaji bulanan.


Google Plus YouTube RSS

PENAFIAN: TBS tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi skrin 1280x1024.