Emas dan Perak

Syariat mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Oleh itu, pemiliknya wajib membayar zakat apabila cukup syarat-syaratnya. Kadar nisab bagi emas ialah 20 misqal bersamaan kira-kira 85 gram emas. Manakala nisab bagi perak ialah 200 dirham iaitu bersamaan kira-kira 595 gram perak. Wanita yang memakai emas (tidak melebihi uruf iaitu 90gram) dan perak  sebagai hiasan tidak dikenakan zakat kerana ia dikategorikan sebagai perhiasan wanita. Tetapi sekiranya emas dan perak itu dikumpul untuk menjadi harta kekayaan, maka ia wajib dikeluarkan zakat kerana ia sudah keluar daripada tujuan asalnya iaitu perhiasan kepada barang simpanan. Kadar zakat ialah 2.5% daripada nilai emas dan perak yang cukup syarat-syaratnya.


Google Plus YouTube RSS

PENAFIAN: TBS tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi skrin 1280x1024.