Program Membangun Institusi Islam

Institusi Islam adalah lambang serta syiar keagungan ajaran Islam itu sendiri maka sewajarnya ia diberi kedudukan yang istimewa dan keutamaan oleh masyarakat Islam. Berkesinambungan dengan itu, Tabung Baitulmal Sarawak telah meletakkan suatu gagasan demi membantu institusi Islam yang memerlukan bantuan. Manakala badan-badan kebajikan yang lainnya turut mendapat imbalan yang berpatutan daripada Tabung Baitulmal Sarawak dengan tujuan memperkasakan serta merangsang aktiviti kemasyarakatan dan melebarkan ruang lingkup dakwah Islamiah di Sarawak.

Aktiviti di bawah program ini ialah seperti berikut :

1. Bantuan Am Masjid dan Surau


2. Bantuan Kepada Badan-Badan Kebajikan dan Organisasi untuk kerja kemasyarakatan


3. Bantuan Kepada Sekolah Agama Islam


4. Bantuan Kepada Institusi/ Badan Dakwah


5. Bantuan Untuk Seminar Dan Bengkel Pendidikan Pelajar


Google Plus YouTube RSS

PENAFIAN: TBS tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi skrin 1280x1024.