MAJLIS IFTAR PERDANA BAHAGIAN KUCHING

IFTAR PERDANA PROGRAM KASIH RAMADAN
Majlis Iftar Perdana Program Kasih Kenyalang Tabung Baitulmal Sarawak telah diadakan pada malam ini di Dewan Majma, Kuching Sarawak. Semasa majlis tersebut, penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh YBhg Mejar (K) Datu Hj Abg Mohd Shibli Bin Hj Abg Mohd Nailie kepada 600 pelajar tahfiz, 23 pusat tahfiz dan 50 penerima sarahidup.