PENYERAHAN BANTUAN BAKUL KASIH BAITULMAL KEPADA AJK MASJID/SURAU DI MASJID SEKITAR MIRI

TBS Bahagian Miri :
Penyerahan Bantuan Bakul Kasih Baitulmal (BKB) kepada AJK Masjid/Surau untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan bantuan bertempat di Masjid An-Naim Lutong, Masjid Darul Hana Kampung Tunku Abdul Rahman, Masjid Darul Hijrah Kampung Piasau Utara, Masjid Al- Firdaus Taman Tunku pada 15 Februari 2023.
📌Firman Allah SWT: Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan(ingatlah), orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya. [Al-Baqarah; Ayat 270]