TAKLIMAT AMIL DAN SESI PENERANGAN WAQAF

TAKLIMAT AMIL DAN SESI PENERANGAN WAQAF

Di Dewan Kelab Melayu Sibu

Pada: 5 Julai 2011

KUCHING,  5 Julai -Tabung Baitulmal Sarawak(TBS) mengadakan Taklimat Khas Amil Zakat Fitrah dan Sesi Penerangan Wakaf bagi Bahagian Sibu bertempat di Dewan Kelab Kpg Nyabor(MUC),Sibu. Taklimat khas ini adalah bertujuan untuk memberi penjelasan tentang peranan dan tanggungjawab Amil Zakat Fitrah ditauliah oleh Tabung Baitulmal Sarawak(Majlis Islam Sarawak) bagi sesi  2011-2013. Di samping itu, TBS dengan  kerjasama Jabatan Tanah dan Survei juga memberi taklimat secara khusus berkaitan dengan amalan ibadah Wakaf.

 

Taklimat  Khas Pengurusan Amil dan Wakaf yang dianjurkan oleh TBS di Sibu pada hari ini merupakan sesi yang ke-7 merupakan kesinambungan kepada program yang seumpamanya yang telah dilaksanakan di Bahagian Kuching,Samarahan,Sri Aman,Miri, Limbang dan Lawas.

 

Taklimat Khas tersebut disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Haji Abang Mohd. Shibli Bin Haji Abang Mohd. Nailie dan dihadiri seramai 220 orang peserta yang  terdiri darpada Ketua-ketua Masyarakat Islam,Amil, AJK Pengurusan Masjid/Surau, dan NGOs Islam. Dalam majlis sama Ybhg.Tuan Haji Abang Mohd.Shibli Bin Haji Abang Mohd. Nailie berkesempatan menyampaikan Bantuan Baitulmal kepada 13 orang penerima yang layak sebanyak RM16,923.00

 

AGIHAN ZAKAT SEHINGGA 10 Jun  2011

Sehingga 30 Jun 2011,TBS telah mengagihkan bantuan kepada Asnaf Zakat sebanyak RM10.9 juta  melalui 3 Program Utamanya iaitu:Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan (PMTK), Program Mengukuhkan Kebajikan Ummah (PMKU) dan  Program Mengukuhkan Institusi Islam (PMII).

 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ybrs. En.Bolhassan Iskandar Taibi, Timbalan Pengurus Besar TBS dan Tuan Haji Abang Faisal Bin Haji Abang Marzuki,Pengurus Kanan Sektor Pembangunan dan Wakaf.