Program Ziarah Asnaf

Program Ziarah Asnaf dan Majlis Penangguhan Ziarah Mahabbah Zon Utara telah melengkapkan pengisian hari keempat Program Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak (MIS) bagi Zon Utara pada 9 November 2026, dengan menyantuni penerima bantuan TBS pada sebelah pagi sebelum diteruskan dengan majlis penangguhan pada sebelah petang.

 

Program Ziarah Asnaf yang diketuai oleh Pemangku Pengurus Besar TBS, Tuan Haji Iskandar bin Allan, melibatkan kunjungan ke dua buah rumah penerima Bantuan Sara Hidup TBS yang masing-masing terletak di Kampung Belipat dan Kampung Luagan, Lawas. Sepanjang kunjungan tersebut, pihak TBS berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan penerima di samping meninjau sendiri keadaan serta keperluan mereka. Turut disampaikan ialah Bantuan Kewangan, Bantuan Kotak Putih dan hamper sebagai tanda keprihatinan TBS dalam membantu meringankan beban kehidupan golongan asnaf.

 

Pada sebelah petang, Pemangku Pengurus Besar TBS turut menghadiri Majlis Penangguhan Ziarah Mahabbah Zon Utara Tahun 1448H/2026M yang dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) merangkap Setiausaha Majlis Islam Sarawak, Sahibus Siyadah Datu Haji Mual bin Haji Suaud, sebelum diteruskan dengan ucapan penangguhan oleh Timbalan Premier Sarawak, Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan. Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan bantuan TBS kepada 10 orang penerima yang disampaikan oleh Timbalan Premier Sarawak.

 

Turut hadir ialah Ketua Sektor Operasi TBS, Ketua Sektor Korporat TBS, Pemangku Ketua Sektor Kewangan & Pentadbiran TBS serta warga kerja TBS yang terlibat dalam menjayakan pengisian program.