Majlis Kunjungan Hormat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)

Majlis Kunjungan Hormat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)
Ibu pejabat Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Batu Kawa, Kuching telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pada hari ini.
Delegasi seramai 17 orang wakil MUIP yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan dan Dasar) MUIP, YH Dato’ Khairuddin bin Ismail, telah disambut mesra oleh Pemangku Pengurus Besar TBS, Tuan Haji Iskandar bin Allan bersama wakil Pengurusan TBS.
Sesi lawatan dimulakan di lobi utama dengan penerangan ringkas mengenai TBS oleh Ketua Sektor Operasi TBS, Ustaz Haji Mohd Yusree bin Haji Mohd Zain. Seterusnya, para tetamu dibawa ke Dewan Saidina Umar Al-Khattab bagi mendengar ucapan alu-aluan serta taklimat terperinci mengenai TBS termasuk Struktur Organisasi, Fungsi Teras, Pengiktirafan dan Penganugerahan, serta perancangan masa depan TBS.
Sesi diteruskan dengan ucapan balas daripada pihak MUIP, penyampaian cenderamata tanda jalinan ukhuwah, dan jamuan. Program diakhiri dengan sesi perkongsian Business Excellence yang dikendalikan oleh Ketua Sektor Korporat TBS, Encik Mohammat Shukri bin Samor, bersama Ketua Bahagian Strategik TBS, Encik Mohd Rafiq bin Latiff.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh delegasi MUIP atas kunjungan hormat ini. Semoga perkongsian ini memperkukuh lagi hubungan silaturahim serta jalinan kerjasama strategik dalam memperkasakan pengurusan zakat demi kemajuan ummah.
"Bersama Memberi Kesejahteraan" ✨
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bantuan TBS, anda boleh menghubungi kami melalui saluran rasmi di:
🌐 Laman Web Rasmi: https://tbs.org.my