Majlis Amanat Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak
Majlis Amanat Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak
Ibu pejabat Tabung Baitulmal Sarawak telah menganjurkan Majlis Amanat oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), YBhg. Datuk Haji Misnu bin Haji Taha bertempat di Dewan Saidina Umar Al-Khattab, Ibu Pejabat TBS hari ini.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan aluan daripada Pemangku Pengurus Besar TBS, Tuan Haji Iskandar bin Allan. Beliau menyentuh mengenai struktur organisasi TBS terkini, penganugerahan kepada TBS dalam kategori pengurusan zakat terbaik menerusi Global Islamic Finance Awards (GIFA) 2026, serta pelaksanaan Sarawak Civil Service Environmental Standard (SACSES).
Atur cara diteruskan dengan penyampaian Amanat oleh YDP MIS, tayangan video montaj GIFA 2026, penyerahan Piala GIFA kepada YDP MIS, serta gimik pelancaran pelaksanaan SACSES. Majlis kemudiannya disusuli dengan penyerahan cenderamata, sesi fotografi, dan jamuan.
Majlis turut dihadiri oleh barisan Pengurusan dan warga kerja TBS, wakil Pejabat Majlis Islam Sarawak (PMIS), serta warga kerja daripada entiti di bawah TBS.
"Bersama Memberi Kesejahteraan"

