Majlis Kunjungan Hormat Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS)
Majlis Kunjungan Hormat Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS)
Ibu pejabat Tabung Baitulmal Sarawak telah menerima Majlis Kunjungan Hormat daripada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) bertempat di Ibu Pejabat TBS, Batu Kawah, Kuching hari ini.
Kunjungan hormat tersebut yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, YBhg. Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir telah disambut oleh Pemangku Pengurus Besar TBS, Tuan Haji Iskandar bin Allan, sebelum delegasi LAKMNS bersama barisan pengurusan TBS mengadakan sesi fotografi.
Sesi kemudiannya diteruskan di Dewan Saidina Umar Al-Khattab dengan bacaan doa, diikuti ucapan aluan serta pembentangan TBS yang meliputi Struktur Organisasi, Fungsi Teras, Pengiktirafan dan Penganugerahan, serta perancangan masa depan TBS yang disampaikan oleh Pemangku Pengurus Besar TBS.
Majlis turut disusuli dengan ucapan balas daripada pihak LAKMNS, penyerahan cenderamata, sesi fotografi beramai-ramai, dan jamuan sebelum majlis bersurai.
Turut hadir barisan Pengurusan dan warga kerja TBS, wakil Pengurusan Bela Sempurna Sdn Bhd (BELA), serta wakil Pengurusan LAKMNS.
"Bersama Memberi Kesejahteraan" ✨

