Ibu Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak: Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Bank Rakyat
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) bagi tahun 2025 berjumlah RM2,088,048.00 telah berlangsung bertempat di Astana Negeri Sarawak, Petra Jaya, Kuching.
Penyerahan zakat perniagaan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Kewangan Bank Rakyat, Tuan Haji Nor Haimee Zakaria kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Haji Misnu bin Haji Taha.
Majlis penuh bermakna ini turut disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, yang diiringi oleh Pemangku Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Tuan Haji Iskandar bin Allan. Turut hadir sama ialah Ketua Sektor Operasi dan warga kerja TBS, serta wakil Pengurusan Bank Rakyat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Bank Rakyat atas komitmen serta ikhlas menunaikan kewajipan zakat perniagaan. Semoga perniagaan Bank Rakyat terus dilimpahi keberkatan dan kejayaan, seterusnya membantu memperkasakan lagi agihan zakat demi kesejahteraan asnaf di Sarawak.
"Bersama Memberi Kesejahteraan"

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bantuan TBS, anda boleh menghubungi kami melalui saluran rasmi di: