VISI
Dalam memastikan TBS sentiasa bergerak seiring dengan kemajuan dan selari dengan perubahan zaman maka VISI TBS adalah untuk :
“MENJADI SEBUAH ORGANISASI ISLAM YANG DINAMIK DAN PEMBELA KEPADA UMAT MANUSIA KHUSUSNYA MASYARAKAT ISLAM SARAWAK”.
MISI
Dalam merealisasikan visi TBS maka ia direalisasikan melalui misi-misi berikut :
Kecemerlangan Perkhidmatan (Service Excellence)
Tabung Baitulmal Sarawak berperanan menyediakan fasarana pengurusan dana dan pemilikan ummah (Perspektif Pelanggan)
Rakan Strategik (Strategic Partnering)
Tabung Baitulmal Sarawak bergerak seiring dengan rakan-rakan strategik melalui sistem penyampaian yang komprehensif (Perspektif Proses Dalaman)
Perubahan Budaya (Culture Change)
Tabung Baitulmal Sarawak menyediakan landasan penambahnilai untuk modal insan dalam pembangunan ummah (Perspektif Kapasiti Organisasi)
OBJEKTIF KORPORAT
Kewangan (Financial)
Memperkukuh pemilikan ummah melalui inisiatif penjanaan kekayaan.
Pelanggan (Customer)
Meningkatkan kualti sistem penyampaian yang diyakini.
Proses Dalaman (Internal Process)
Memantapkan sistem perkhidmatan yang berkualiti, telus dan terkawal.
Keupayaan Organisasi (Organizational Capacity)
Mewujudkan keupayaan organisasi menerusi modal insan yang kompeten serta sistem pengurusan maklumat yang bersepadu.
MOTTO
Dalam usaha memartabatkan TBS sebagai sebuah institusi Islam yang dapat membela masyarakat Islam maka Motto TBS adalah:
“BERSAMA MEMBERI KESEJAHTERAAN”
Pecahan Motto |
Maksud Motto |
Peranan Kita Yang Diamanahkan |
BERSAMA |
Semua kita mempunyai tanggungjawab pada peringkat masing-masing |
Input kita sebagai pemegang amanah |
MEMBERI |
Pastikan sistem penyampaian kita dapat dinikmati manfaatnya oleh setiap yang berhak dan terkesan |
Proses kita mengikut hukum dan prosedur |
KESEJAHTERAAN |
Pembelaan kepada yang berhak dan terkesan menepati kehendak hukum serta keperluan |
Impak atas usaha kita memberi kesan |
PENAFIAN: TBS tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi skrin 1280x1024.