Ziarah Santunan & Penyerahan Bantuan Awal Kecemasan Kepada Mangsa Kebakaran di Kampung Tabuan Hilir, Kuching 🤲🏻

Ziarah Santunan & Penyerahan Bantuan Awal Kecemasan Kepada Mangsa Kebakaran di Kampung Tabuan Hilir, Kuching 🤲🏻

 

Ibupejabat Tabung Baitulmal Sarawak telah mengadakan sesi ziarah santunan bagi menyantuni mangsa insiden kebakaran yang bertempat di Kampung Tabuan Hilir, Kuching pada 12 November 2026.

 

Insiden kebakaran tersebut telah melibatkan 5 buah rumah dengan 11 buah keluarga yang terjejas. Penyaluran bantuan awal kecemasan ini dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan TBS dalam meringankan beban mangsa serta membantu memenuhi keperluan asas mereka selepas ditimpa musibah.

 

Semoga semua mangsa diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian ini.

 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi santunan ini. Semoga usaha murni ini dapat memberikan kelegaan serta membawa keberkatan bersama.

 

"Bersama Memberi Kesejahteraan" ✨

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bantuan TBS, anda boleh menghubungi kami melalui saluran rasmi di:

🌐 Laman Web Rasmi: https://tbs.org.my

👤 Portal Pelanggan: https://pelanggan.tbs.org.my/

📘 Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100064353232243

📸 Instagram: https://www.instagram.com/tabungbaitulmalsarawak/

🎵 TikTok: https://www.tiktok.com/@baitulmal.sarawak?is_from_webapp=1&sender_device=pc

 

#TabungBaitulmalSarawak #MajlisIslamSarawak #BaitulmalSarawak #KongsiRezeki #BantuDanDiBantu #AsnafSarawak #PeduliUmmah #InfaqJariyah #SarawakPrihatin #ZakatDanSedekah #Zakat #ZakatSarawak #AsnafDisantuniZakatDiberkati