PENYERAHAN SUMBANGAN KEWANGAN TBS KEPADA AJK PENGURUSAN MASJID/SURAU BAGI DAERAH BARAM BERTEMPAT DI SURAU AT-TAQWA,KPG.NARUM, MIRI

TBS Miri : 6 Jun 2017, Majlis Penyerahan Sumbangan Kewangan Tabung Baitulmal Sarawak kepada AJK Pengurusan Masjid dan Surau bagi Daerah Baram bertempat di Surau At Taqwa, Kg Narum ,Miri disempurnakan oleh YB Datu Dr.Penguang Manggil, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Sarawak & Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N76 Marudi. Dalam majlis tersebut sebanyak 13 buah Masjid dan Surau di Daerah Marudi telah menerima sumbangan tersebut. Dalam majlis yang sama, seramai 17 orang anak yatim turut menerima sumbangan beg sekolah.