KESINAMBUNAGAN PROGRAM ZIARAH MAHABBAH ASNAF BERSAMA AGENSI ISLAM LIMBANG DAN LAWAS

TBS Cawangan Limbang:Kesinambungan Program Ziarah Mahabbah Asnaf bersama agensi Islam Limbang/Lawas diteruskan lagi pada 22.09.2016. Program kali ini dilakukan di Limbang.

1. Gotong royong rumah En Hazemi Bin Abdullah di Kampung Merasam Limbang.

2. Siasatan pemohonan bantuan Sarahidup baru Sekitar Limbang.

3. Ziarah dan memantau penerima Bantuan Sarahidup sedia ada Sekitar Limbang.

4. Ceramah Kenali Baitulmal disebelah malam di Surau Setia Muafakat, Kampung Buang Siol.

Antara agensi Islam yang hadir dan membantu adalah JAIS,JAKIM, Tabung Haji, Urusetia Saudara Kita Limbang serta PKHEM dan guru agama sekolah SK Tedungan.