PROGRAM KEMASYARAKATAN GOTONG-ROYONG ANTARA WARGA TBS CWGAN MIRI,PERSATUAN PERKIM MIRI DAN KELAB BELIA INTEGRASI

MIRI, 31 Ogos 2016:Program Kemasyarakatan Gotong-Royong kerjasama antara warga Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Miri, Persatuan PERKIM Cawangan Miri dan Kelab Belia Integrasi Miri bertempat di kediaman Encik Alwi Bin Rusly yang tinggal bersama isterinya yang keuzuran.
Keluarga tersebut merupakan Asnaf penerima Bantuan Sara Hidup bulanan Tabung Baitulmal Sarawak.

Rumah kediaman keluarga En.Alwi terletak di Lot 1966 Tudan Fasa 3, 98000 Miri Sarawak.

Turut hadir bersama-sama bergotong royong ialah Puan Sharifah Fatimah Tuanku Fauzi Pengerusi PERKIM dan Ketua Cawangan TBS Miri,Puan Marini Binti Juraibi.