PROGRAM KENALI BAITULMAL DI KAMPUNG KLID,DALAT

MENJAKI ASNAF

TBS Mukah: Program Kenali Baitulmal di Kampung Klid, Dalat pada 15 Ogos 2016.

Kampung Klid adalah sebuah kampung pendalaman di Daerah Dalat. Perjalanan dari Pekan Dalat ke kampung berkenaan memakan masa hampir 1jam 15 minit dengan menaiki perahu panjang (milik penduduk kampung). Bilangan orang Islam adalah dalam sekitar 50 orang manakala yang selebihnya menganut agama Kristian dan Liko(pagan).

Demi tanggungjawab kepada ummah,team Baitulmal Mukah berjaya berkunjung dan menemui masyarakat Islam di kampung tersebut agar tidak ketinggalan untuk mengetahui Peranan dan Fungsi Baitulmal dalam membela masyarakat Islam di luar bandar.

Pegawai terlibat ialah Osman bin Haji Immun, Ketua Cawangan, Ustaz Yusup bin Lai, Ustaz Shahlan bin Noruden dan Sdr. Othman Ismail.