PENYERAHAN BANTUAN SARA HIDUP TBS

MIRI : Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Miri melaksanakan program Menyantuni Asnaf dan penyerahan Bantuan Sara Hidup & Aidilfitri kepada keluarga Mohd Ali b. Abdullah di Kpg Masjid, Kuala Baram, Miri pada 30.6.16 yang telah disampaikan oleh Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datu Haji Abang Mohamad Shibli bin Haji Abang Mohamad Naile.