Penganjuran Hi-Tea Zakat Perniagaan Bersama Usahawan Muslim Bahagian Bintulu

Penganjuran Hi-Tea Zakat Perniagaan Bersama Usahawan Muslim Bahagian Bintulu

 

Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Bahagian Bintulu telah menganjurkan Program Hi-Tea Zakat Perniagaan Bersama Usahawan Muslim Bahagian Bintulu bertempat di NU Hotel, Bintulu  pada 02 September 2026.

 

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 49 orang wakil yang mewakili 25 buah Syarikat/ Usahawan di sekitar bahagian Bintulu.

 

Program ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Iskandar bin Allan, Pemangku Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), yang turut menyampaikan taklimat mengenai peranan dan fungsi Tabung Baitulmal Sarawak, khususnya berkaitan pengurusan zakat serta kepentingan pelaksanaan Zakat Perniagaan dalam kalangan syarikat dan usahawan Muslim.

 

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua wakil majikan atas sokongan padu dan komitmen yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini terus memperkukuh pengurusan zakat demi kesejahteraan bersama 

 

“Bersama Memberi Kesejahteraan" ✨