Program Baitulmal Sinergi “Stronger Together” di sekitar Daerah Mukah pada 04 Julai 2026. Program ini bermula dari Kampung Sungai Alo, Mukah sehingga berakhir ke destinasi utama Kampung Sesok Baru, Mukah.
Selain pihak Pejabat Bahagian Mukah dan Pejabat Perhubungan Daro, Tabung Baitulmal Sarawak, program ini turut disertai oleh pelbagai agensi dan NGO termasuklah Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah, UiTM Kampus Mukah, Politeknik Mukah Sarawak, Urusetia Saudara Kita Cawangan Mukah, HIKMAH Cawangan Mukah, JKP Masjid Darul Ibadah Kampung Sungai Alo, JKP Surau Darul Abrar Kampung Sesok Baru, Samat Enterprise, Farmasi Setiaraja Mukah, PERTIGA Mukah, Kelab MUMTAZ, Zero Design dan Dapur Naura Online Restaurant.
Empat orang penerima Bantuan Sarahidup telah menerima sumbangan berbentuk Bantuan Pek Makanan Kotak Putih dan pemberian peruntukan tunai daripada pelbagai agensi dan NGO yang menyertai konvoi “Bersama Memberi Kesejahteraan” bermula dari kediaman asnaf di Kampung Sungai Alo sehingga ke Kampung Sitieng, Mukah.
Kemuncak program telah menyaksikan penyerahan pelbagai sumbangan untuk penerima Bantuan Sarahidup kelima, Encik Mohamad Hussein Jawawi di Surau Darul Abrar, Kampung Sesok, Mukah berhadapan dengan kediaman beliau yang masih dalam pembinaan atas penaja utama, Syarikat Samat Enterprise. Antara yang diserahkan termasuklah Bantuan Pek Makanan Kotak Putih, peruntukan wang tunai daripada pelbagai agensi serta sumbangan barangan peralatan & perkakasan rumah
Program turut diselitkan dengan aktiviti Kenali Baitulmal bagi mendedahkan masyarakat akan peri fungsi dan produk bantuan yang disediakan oleh pihak Tabung Baitulmal Sarawak dalam usaha meringankan beban kewangan asnaf yang memerlukan.

"Perintah Allah s.w.t untuk saling bekerjasama kearah kebaikan sudah jelas termaktup didalam Al-Quran, Allah berfirman "dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan" (Surah Al-Ma'idah ayat 2).