Kaunter Perkhidmatan Zakat dan Produk Bantuan Agihan sempena Ziarah Mahabbah Anjuran Majlis Islam Sarawak Peringkat Zon Selatan bertempat di Daerah Simunjan pada 4 hingga 5 Julai 2026.
Selain Booth Pameran Pendidikan, TBS Ibu Pejabat dan Pejabat Bahagian Samarahan telah memenuhi jemputan dalam program Akademi Latihan Insan (A.L.I.) untuk menyampaikan taklimat berkenaan Bantuan TBS.
Pemangku Pengurus Besar TBS, Tuan Hj Iskandar Allan turut sama turun ke lapangan bagi menyantuni penerima Bantuan Sara Hidup di kawasan Simunjan dalam Aktiviti Ziarah Asnaf bersama Ketua Sektor Operasi, Ustaz Haji Mohd Yusree Hj Mohd Zain.
Program Ziarah Mahabah anjuran Majlis Islam Sarawak ini merupakan peringkat Zon Selatan di mana TBS Serian turut serta dalam setiap program Ziarah ini.