Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah menerima Kunjungan Hormat daripada Pusat Pengembangan Al-Quran Darul Hana (DHQc) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Haji Mohamad Shalahudin bin Marzuki, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Ibu Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak pada 14 Julai 2026.
Ketibaan rombongan telah disambut oleh Pemangku Pengurus Besar TBS, Tuan Haji Iskandar bin Allan. Kunjungan hormat ini bertujuan mengukuhkan hubungan silaturahim serta meneroka peluang kerjasama strategik antara TBS dan DHQc dalam usaha memperkasa pembangunan dan pengembangan Al-Quran di Sarawak.
Turut hadir bersama ialah Ketua Sektor Pembangunan dan Wakaf TBS, ketua-ketua bahagian TBS, Ketua Penyelia Guru Al-Quran Utama DHQC, serta pegawai-pegawai daripada DHQc