KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA ENDOWMEN & WAKAF UNIMAS

TBS IBU PEJABAT:
Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah menerima kunjungan hormat daripada Bahagian Endowmen & Wakaf, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Endowmen & Wakaf UNIMAS, YBrs. Puan Hajah Dayang Nor Hajijah binti Haji Awang Daud, bertempat di Aras 4, Ibu Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak.
Ketibaan rombongan telah disambut oleh Pemangku Pengurus Besar TBS, Tuan Haji Iskandar bin Allan. Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan peluang kerjasama serta mendapatkan pertimbangan TBS dalam pelaksanaan inisiatif berkaitan endowmen dan wakaf.
Turut hadir ialah Ketua Unit Khidmat Asnaf, Ketua Unit Pembangunan Asnaf serta pegawai-pegawai daripada UNIMAS