Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Syarikat AZ Safir Travels And Tours Sdn. Bhd. bagi tahun 2025 berjumlah RM15,000.00 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah diadakan pada hari ini bertempat di Ibu Pejabat TBS, Batu Kawa, Kuching.
Sumbangan zakat perniagaan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Syarikat AZ Safir Travels And Tours Sdn. Bhd., Ustaz Dr. Haji Syed Abdul Aziz bin Dato Sri Haji Wan Hamid Edruce, kepada Pemangku Pengurus Besar TBS, Tuan Haji Iskandar bin Allan.
Turut hadir ialah Pemangku Ketua Bahagian Promosi dan Dakwah TBS serta wakil daripada Syarikat AZ Safir Travels And Tours Sdn. Bhd.