TBS Bahagian Mukah / Pejabat Perhubungan Daro :
Majlis Iftar bersama Asnaf sempena Program Kasih Ramadan Tabung Baitulmal Sarawak Tahun 1446H bersamaan 2025 bertempat di Surau Darul Ibadah, Kampung Sungai Alo, Mukah pada 12 Mac 2025.
Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah Flea Market Pakaian Raya Terpakai, Gotong-Royong Memasak Juadah Berbuka, Taklimat Khas daripada Agensi Antidadah Kebangsaan Bahagian Mukah, Penyerahan Sumbangan kepada Madrasah Al Quran Mukah dan Para Pelajar serta Majlis Berbuka Puasa.

"Firman Allah SWT: Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah), orang? yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya." [Al-Baqarah, 2:270]