ZIARAH DAN SIASATAN KELUARGA PUAN JAMILAH BT BEN DI JLN PENYAU, SALIM, SIBU

SIBU - Tabung Baitulmal Cawangan Sibu telah menziarahi keluarga Puan Jamilah Bt. Ben yang tinggal di Jalan Penyau, Salim, Sibu. Suami beliau Mohd. Nazri Lee Abdullah dalam keadaan uzur dan terlantar di rumah sahaja. Sementara itu,beliau tepaksa menyara 8 orang anak,yang kesemuanya tidak bersekolah kerana masalah kesempitan hidup dan sumber pendapatan yang tidak mencukupi. Bagi menampung keperluan keluarganya, Pn.Jamilah bekerja sebagai tukang cuci( cleaner) di salah sebuah institusi kewangan di Jalan Tunku Osman,Sibu. TBS akan menghulurkan Bantuan Sara Hidup bulanan kepada keluarga tersebut, in sha Allah.