MAJLIS IFTAR BERSAMA ASNAF TABUNG BAITULMAL SARAWAK BAHAGIAN LAWAS

TBS Bahagian Limbang/Pej. Perhubungan Lawas:
PROGRAM KASIH RAMADAN
Majlis Iftar Bersama Asnaf di Daerah Lawas bersempena Program Kasih Ramadan beserta Penyerahan Bantuan Kotak Makanan dan Bantuan Wang Aidilfitri kepada penerima Bantuan Sara Hidup Tabung Baitulmal Sarawak bertempat di Restoran Bonda, Lawas pada 13 April 2023. Turut hadir bersama beberapa orang pembayar zakat dan wakil dari Lembaga Amanah Khairat Islam Lawas (LAKHIL) yang turut menyumbangkan duit raya kepadagolongan Asnaf.
📌Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.” -[HR Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi]