IFTAR BERSAMA ASNAF BERSAMA KELUARGA PUAN FATIMAH YEO CHOON KEE

TBS Bahagian Mukah/Pej. Perhubungan Daro:
PROGRAM KASIH RAMADAN
Mini Iftar Bersama Asnaf sempena Program Kasih Ramadan Tabung Baitulmal Sarawak bersama keluarga Puan Fatimah Yeo Choon Kee di Kampung Badong, Daro dan bersama keluarga Puan Taasiah binti Haji Rawi di Kampung Kuala Hilir, Matu serta agihan makanan berbuka puasa kepada beberapa asnaf di sekitar Daerah Daro & Matu pada 05 April 2023
📌Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.” -[HR Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi]