PROGRAM BAITULMAL BERSAMA ASNAF KERJASAMA ANTARA PEJABAT PERHUBUNGAN TBS LAWAS BERSAMA PEJABAT MARA LAWAS DAN PUSAT GIATMARA LAWAS

TBS Bahagian Limbang/Pej. Perhubungan Lawas:
Program Baitulmal Bersama Asnaf, kerjasama antara Pejabat Perhubungan TBS Lawas bersama Pejabat Mara Lawas & Pusat Giatmara Lawas. Antara aktiviti yang dijalankan adalah senggaraan kecil pendawaian elektrik, pemasangan kipas baru, sumbangan langsir baru, baikpulih tangga dan tingkap rumah Asnaf. Program dijalankan di 3 buah rumah Asnaf bertempat di kawasan Merapok, Lawas pada 20 hingga 21 Mac 2023.