SIDANG AKHBAR ZAKAT FITRAH 1444H/2023M NEGERI SARAWAK

"ZAKAT FITRAH 1444H/2023M NEGERI SARAWAK"
Sidang Akhbar Tabung Baitulmal Sarawak telah diadakan pada 18 Mac 2023 bertempat di Galeri, Kompleks Islam Sibu. Semasa sidang tersebut YBhg Mejar (K) Datu Hj Abg Shibli Bin Hj Abg Mohd Nailie mengumumkan bahawa Majlis Islam Sarawak telah menetapkan kadar Fitrah bagi Negeri Sarawak bagi tahun 2023 adalah RM7.00 seorang dan boleh dibayar melalui pelbagai saluran termasuk semua kaunter pejabat TBS, amil yang ditauliah, perbankan atastalian serta aplikasi mudah alih.
📌Sabda Rasulullah SAW dari Ibn Umar yang bermaksud: "Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum, pada hamba sahaya, orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa dari kaum Muslimin" - [HR Bukhari]