PROGRAM HARI BERSAMA ASNAF BAHAGIAN SIBU

Program Hari Bersama Asnaf telah dianjurkan di perkarangan Kompleks Islam Sibu pada 18 Mac 2023. Program telah dirasmikan oleh YBhg Mejar (K) Datu Hj Abg Mohd Shibli Bin Hj Abg Mohd Nailie dan disertai oleh seramai 300 para Asnaf bagi free market dan agihan bantuan. Selain itu 222 penyertaaan berbasikal dari pelbagai bangsa dan agama serta 189 penyertaan senamrobik turut memeriahkan lagi program tersebut. Aktiviti Derma Darah turut diadakan dengan kerja sama pihak YayasanKepimpinan Al Bait dan Unit Transfusi Darah, Hospital Sibu.