PENYERAHAN BANTUAN BAKUL KASIH BAITULMAL KEPADA WAKIL MASJID DARUL HUSNI WARRAHMAH TAMAN HUSSEIN

TBS HQ :
Penyerahan Bantuan Bakul Kasih Baitulmal (BKB) kepada Pengurusan AJK Masjid/Surau untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan bantuan bertempat di Masjid Darul Husni Warrahmah, Taman Hussein, Kuching pada 03 Mac 2023.
📌Firman Allah SWT: Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah), orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya. [Al-Baqarah;Ayat 270]