LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN : PENGURUSAN ZAKAT DAN KEWANGAN PERIBADI DI SMK BINTULU

BINTULU - Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Bintulu telah bekerjasama dengan beberapa organisasi lain anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Bintulu (BAKTIS) dalam menjayakan Program Latihan Dalam Perkhidmatan : Pengurusan Zakat dan Kewangan Peribadi. Latihan ini telah diadakan pada 15 Ogos 2015 di Bilik Seminar SMK Bintulu.