Majlis Seminar Zakat Peringkat Bahagian Sarikei telah dianjurkan oleh Tabung Baitulmal Sarawak bertempat di Dewan Sarikei Innovative Center, Sarikei pada 22 November 2022. Pembentangan telah disampaikan oleh YBhg. Datu Hj. Abg. Mohd. Shibli Bin Hj. Abg. Mohd. Nailie dan Ustaz Hj. Mohd. Yusree B. Hj. Mohd. Zain. Seminar tersebut turut dihadiri oleh Temenggong Haji Awangku Ibrahim, wakil-wakil Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Sektor Swasta, NGO'S,Masjid/Surau, Pertubuhan/Persatuan dan orang awam.