MAJLIS SEMINAR ZAKAT PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN

TBS Bahagian Sri Aman :
Majlis Seminar Zakat Peringkat Bahagian Sri Aman telah dianjurkan oleh Tabung Baitulmal Sarawak bertempat di Hotel BME Simanggang pada 21 November 2022. Pembentangan telah disampaikan oleh YBhg. Datu Hj. Abg. Mohd. Shibli Bin Hj. Abg. Mohd. Nailie dan Ustaz Hj. Mohd. Yusree B. Hj. Mohd. Zain. Seminar tersebut telah dihadiri oleh wakil-wakil Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Sektor Swasta, NGO'S, Masjid/Surau, Pertubuhan/Persatuan dan orang awam. Turuthadir semasa majlis tersebut En Shariff Bujang (pegawai Daerah Sri Aman), Ustaz Helmi Nahrawi (PAIB Sri Aman) dan Temenggong Mohamad Shah Achang.