MENYANTUNI ASNAF DAN PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN SERTA PENYERAHAN BANTUAN PEK MAKANAN
14 November 2022
Menyantuni Asnaf dan Penyerahan Bantuan Kewangan serta Penyerahan Bantuan Pek Makanan kepada keluarga penerima Bantuan Saraan Hidup Tabung Baitulmal Sarawak bertempat di beberapa lokasi sekitar Bandar Sibu pada 14 November 2022.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, orang miskin, amil yang menguruskannya dan orang muallaf yang dijinakkan hatinya serta untuk hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang yangberhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang sedemikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah: Ayat 60).