PENYERAHAN KAD UDC WALLET DAN BANTUAN PEK MAKANAN KEPADA KELUARGA RAKAN ZAKAT TABUNG BAITULMAL SARAWAK

TBS HQ :
Penyerahan Kad UDC wallet dan Bantuan Pek Makanan kepada Rakan Zakat Tabung Baitulmal Sarawak, Encik Abdul Rahman Lee, untuk diagihkan kepada keluarga penerima Bantuan Saraan Hidup bertempat di Kpg Buntal Kuching pada 24 Oktober 2022.
Penyaluran bantuan secara pengkreditan kewangan akan disalurkan ke dalam kad pintar (UDC Wallet) bagi memudahkan golongan penerima Bantuan Saraan Hidup Tabung Baitulmal Sarawak untuk mengambil bantuan yang telah disediakan bertempat diUmmah Distribution Centre.