Penyerahan Kad UDC wallet dan Bantuan Pek Makanan kepada Puan Siti Salmah Bt Abdullah bertempat di Kpg Temedak, Jalan Telaga Air Kuching pada 12 Oktober 2022.
Penyaluran bantuan secara pengkreditan kewangan akan disalurkan ke dalam kad pintar (UDC Wallet) bagi memudahkan golongan penerima Bantuan Saraan Hidup Tabung Baitulmal Sarawak untuk mengambil bantuan yang telah disediakan bertempat di Ummah Distribution Centre.