Penyerahan Bantuan Wang Fidyah kepada Encik Abdul Qaiyum, ayah kepada adik Naufal Syahreza yang kini dimasukkan ke Hospital Jantung Kuching,Kota Samarahan. Penyerahan bantuan bertempat di Lapangan Terbang Bintulu sebelum pemohon berlepas ke Kuching pada 22 September 2022.

Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Dialah (Allah) yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yanglebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang bertaubat)." (Al-Mulk: Ayat 2)