PENYERAHAN BANTUAN BAKUL KASIH BAITULMAL KEPADA WAKIL MASJID DAERAH DAN MASJID DARUSSALAM

TBS Bahagian Bintulu :
Penyerahan 30 set Bantuan Bakul Kasih Baitulmal (BKB) kepada wakil Masjid Daerah, Bintulu dan wakil Masjid Darussalam, Bintulu bertempat di Mini UDC Bahagian Bintulu pada 21 September 2022.
📌Firman Allah SWT : “Perbandingan orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah samalah seperti (menanam) sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, tiap-tiap satu tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan Allah menggandakan pahala bagi sesiapa yangdikehendakiNya. Dan Allah Maha Luas (rahmat dan limpah kurniaNya) Lagi Maha Mengetahui.” - (Surah al-Baqarah: Ayat 261)