MAJLIS SEMINAR ZAKAT PERINGKAT BAHAGIAN SIBU

Majlis Seminar Zakat Peringkat Bahagian Sibu telah dianjurkan oleh Tabung Baitulmal Sarawak bertempat di Dewan Kompleks Islam Sarawak Sibu pada 19 September 2022 dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Bahagian Sibu. Pembentangan telah disampaikan oleh YBhg. Datu Hj. Abg. Mohd. Shibli Bin Hj. Abg. Mohd. Nailie dan Ustaz Hj. Mohd. Yusree B. Hj. Mohd. Zain. Seminar tersebut telah dihadiri 611 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil Jabatan Kerajaan, BadanBerkanun, Sektor Swasta, NGO'S, Masjid/Surau, Pertubuhan /Persatuan dan orang awam. Majlis Penangguhan telah disempurnakan oleh YB. Dr.Haji Annuar bin Rapa'ee, Timbalan Menteri Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat (Pengajian Tinggi dan Inovasi) merangkap ADUN N55 Nangka.