SEMINAR ZAKAT BAHAGIAN MIRI

TBS Bahagian Miri :
Seminar Zakat Bahagian Miri telah dianjurkan oleh Tabung Baitulmal Sarawak bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Islam Miri pada 05 September 2022. Pembentangan telah disampaikan oleh YBhg. Datu Hj. Abg. Mohd. Shibli Bin Hj. Abg. Mohd Nailie dan Ustaz Hj. Mohd. Yusree B. Hj. Mohd. Zain. Seminar tersebut telah disempurnakan oleh YB Dri Ripin Bin Lamat , Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Pembangunan Usahawan) Merangkap ADUN72Lambir.