Penyerahan Bantuan Kecemasan Mangsa kebakaran di Kpg Awat-awat, Sundar, Lawas

LAWAS, 30 Oktober - Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah menyerahkan bantuan kecemasan kepada mangsa kebakaran Kpg. Awat-Awat, Sundar,Lawas yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Hussaini Bin Hakim,Pegawai Daerah Lawas pada 30hb.Oktober 2013. Antara sumbangan yang telah diserahkan kepada mangsa kebakaran ialah wang tunai, pakaian, makanan dan keperluan harian yang lain. Jabatan dan Agensi Kerajaan juga memberi sumbangan dan kerjasama yang cukup baik dan amat bermakna kepada mangsa-mangsa kebakaran tersebut. Turut hadir di majlis penyampaian sumbangan tersebut En.Junidi Bin Lamat,Ketua Zon Utara TBS.