SEMINAR DAN BENGKEL PEMBANGUNAN MODEL INTEGRASI ZAKAT DALAM WAKAF KOMERSIAL DI MALAYSIA

TBS HQ :
Seminar Dan Bengkel Pembangunan Model Integrasi Zakat dalam Wakaf Komersial di Malaysia anjuran UDA Holdings Bhd dengan kerjasama Bank Islam dan Akademi Islam Kontemporari UITM pada 04 hingga 06 Ogos di Port Dickson.
Antara pembentang yang telah dijemput adalah Tabung Baitulmal Sarawak, Lembaga Zakat Negeri Kedah, Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Yayasan Wakaf Malaysia dan pihak bank-bank. Pengurus Besar TBS, YBhg Datu Hj Abg Mohd Shibli Bin Hj Abg Mohd Nailie telahmembentang kertas kerja berjudul 'Baitulmal : Antara Persepsi dan Realiti' pada pagi tadi.