MAJLIS BERBUKA PUASA, PENYERAHAN SUMBANGAN KEWANGAN MASJID & SURAU DAERAH LUNDU

LUNDU - Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin;YAB Ketua Menteri Sarawak telah menyempurnakan penyerahan Sumbangan kewangan dari Majlis Islam Sarawak kepada Masjid &Surau Daerah Lundu dan juga beliau telah menyampaikan sumbangan peribadi kepada para jemaah yang hadir di majlis tersebut.Turut hadir Yang Amat Berbahagia Datin Patinggi Dato Hjh. Jamilah Bt. Anu, isteri YAB Ketua Menteri dan YBhg. Datu Hj. Abg. Mohd. Shibli B. Hj. Abg. Mohd. Nailie, Pengurus Besar TBS.