Ziarah dan menyantuni mangsa kebakaran yang melibatkan 11 buah rumah dan 19 buah keluarga serta penyerahan Bantuan Kasih Kenyalang dan Bantuan Kotak Makanan di Kampung Sebiew, Bintulu, 2 Julai 2022. Sejumlah 19 kotak makanan dan 19 pek Bantuan Kasih Kenyalang (BKK) diserahkan oleh En. Zaini Bin Ramli, Ketua Bahagian TBS Bahagian Bintulu. Turut hadir bersama dalam penyerahan tersebut, Tuan Muhammad Dino Bin Amit, Pegawai Daerah Bintulu dan Ayahanda Penghulu, Encik Drahman Bin Sisit.