MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KEWANGAN MASJID & SURAU DAERAH MIRI

MIRI - Majlis Penyerahan Sumbangan kewangan kepada pihak pengurusan Masjid dan Surau Daerah Miri bertempat di Masjid Istiqamah,Kampung Luak yang disempurnakan oleh YB Haji Ahmad Lai Bin Bujang, Ahli Parlimen Sibuti. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Abdul Aziz Bin Hj. Mohd Yusof, Timbalan Residen Miri, Ustaz Haji Mohamad Jol Bin Ahmad, Pegawai JAIS Miri dan Temengong Tuan Haji Abdul Rahman Bin Fadzail serta Ketua Masyarakat dan Ketua-Ketua Jabatan.